Thursday, August 27, 2009

SAKIT TEKAK????????

Sakit tekak?????

Hampir semua orang pernah sakit tekak kan? Terutamanya ketika cuaca yg begitu panas & apabila kurang pengambilan cecair yg diperlukan oleh tubuh. Ketika ini, cuaca panas mendedahkan seseorang kpd masalah sakit tekak , apatah lagi jika kita kurang minum air. Biarpun sakit tekak , namun seseorang itu tdk akan terdedah kpd penyakit berbahaya yg boleh membawa maut. Walau bagaimanapun , penyakit ini menjadikan kita berasa tidak selesa sekali gus menjejaskan aktiviti dan kehidupan seharian. Ketidakselesaan itu juga menyebabkan seseorang itu tidak berselera utk makan krn tekak akan berasa sakit apabila menelan makanan.
Sakit tekak selalunya berpunca daripada inflamasi atau radang pada mukosa faring. Keadaan itu berpunca daripada jangkitan virus, bacteria ataupun kulat . Kadangkala , sakit tekak berpunca daripada selsema. Antara gejala yg bolej dialami pesakit ialah hidung berair ,bersin, batuk2 ,kalenjar di leher, tekak agak merah dan pesakit bersa tdk sedap badan .
Rawatan yg boleh dicuba adalah dgn mengambil ubat utk meredakan gejala tersebut seperti aspirin, paracetamol, ibuprofen ataupun lebih mudah lagi lozenges atau ubat berkumur.
Lazimnya, sakit tekak yg disebabkan jangkitan bacteria berpunca daripada bacteria yg dikenali sebagai streptococcal pneumococcal atau stapphy-lococcal. Antara gejala sakit tekak yg disebabkan jangktan bacteria ialah tonsillitis. Gejala itu amat menyakitkan pesakit kerana kalenjar leher mereka akan membengkak, berasa sakit untuk menelan air liur & pesakit juga selalunya turut mengalami demam panas.
Jika demam panas & sakit tekak yg dialami berlarutan, pesakit selalunya akn diberi antibiotic atau agen antibakteria serta ubat meredakan gejala sakit tekak atau analgesic & agen antiseptic yg boleh melegakan & mengurangkan kesakitan.

No comments:

Post a Comment