Sunday, August 23, 2009

masa bercerita!!!!!

Tukang Masak

Hari itu Qucren sgt gembira. Dia baru saja lulus dr sebuah sekolah masak-memasak dgn markah terbaik. Dan dia mendapat tawaran bekerja sebagai tukang masak di sebuah istana raja terkemuka.
Setelah mohon restu pd ibunya, dia berangkat ke istana tersebut. Setibanya di sana, tlh hadir juga 2 org lulusan sekolah memasak terbaik.
Mereka memulai tugas pertama mereka. Qucren bertugas menyiapkan makanan utama. Kedua kawannya itu menyiapkan makanan pembuka dan penutup.
Rachel, ketua tukang masak, memerhatikan hasil kerja mereka. Dia mengangguk-angguk sewaktu melewati dua orang kawan Qucren. Namun ketika melihat hasil masakan Qucren, dia berhenti dan mengerutkan keningnya.
"Hei, bumbu daging kamu terlalu tebal. Hiasannya pula terlalu lama di dlm peti sejuk.Lembek.Huh!"cemuh ketua tukang masak yg sudah tua itu. "Dengar baik2!Istana ini hanya perlu seorang tukang masa yg benar2 berbakat."bentaknya.
Qucren hanya menunduk, sdgkan kedua rakannya tersenyum kemenangan. Hari2 berikutnya, hinaan utk Qucren semakin banyak. Tomatonya terlalu merah,piringnya terlalu lonjong, ayam belanda panggangnya kurang 1 minit.. Dan banyak lagi kesalahan yg seolah-olah sengaja dicari-cari.
Qucren tdk tahan lg. Dia nekad lari dr istana, kembali pulang ke rumah ibunya."Ibuuu...."dipeluk ibunya dgn perasaan menyesal, krn tlh mengecewakannya."Apa yg terjadi pd kamu, nak"tanya ibunya lembut."Ketua tukang masak membenci saya sejak awal. Dia sering sj mencela hasil pekerjaan saya. Saya tdk tahan lg. Saya akn mengundurkan diri."jelas Qucren sedih.
Ibunya tersenyum mengerti. Dibelainya kepala Qucren, "Anakku... bila kamu membawa kereta yg ditarik olh seekor kuda & seekor kambing, mana yg akn kamu pukul supaya kereta meluncur lebih laju?"
"Tentu sj kuda, ibu! krn kuda jauh lbh pandai & kuat drpd kambing. Apa maksud ibu ?"
"Anakku, itu sebabnya ketua tukang masak mendidik kamu lbh keras dr yg lain. Krn kamulah yg terbaik di antara mereka!"ujar ibunya.
Qucren tertegun kemudian tersenyum. Sejurus kemudian dia pun bangkit dgn mantap."Kalau begitu, sy pergi dulu ya ibu.!"
Sekembalinya ke istana tersebut ,Qucren menjadi lbh bersemangat. Apapun yg dikatakan oleh Rachel, diterimanya dgn senang hati. Rachel agk hairan, lalu bertanya. Qucren menceritakan apa yg tlh dikatakan olh ibunya.
"Ibu kamu benar. Ada org yg dilahirkan utk menjadi tukang masak. Kamulah orgnya. Saya sudah tahu sejak pertama kali melihat masakan kamu. Yakinlah, org seperti kamu sgt sukar ditemi. Blm tentu ada di setiap generasi. Saya sgt beruntung mendpt kamu, Qucren!"katanya. Ucapan Rachel terdegar sgt jelas & merdu di telinga Qucren.
Beberapa tahun kemudian Qucren dilantik menjd ketua tukang masak di istana tersebut menggantikan Rachel. Masakannya terkenal sampai ke pelbagai negeri.
Namanya menjadi lagenda hingga berabad-abad lamanya.

No comments:

Post a Comment