Thursday, December 17, 2009

Sajak buat sahabat tercinta

Saya pasti semua orang mempunyai sahabat. Tidak ketinggalan juga saya. Dahulu saya pernah mempunyai seorang sahabat yang amat saya sayangi. Namanya ialah K. Saya berkongsi segala masalah saya dgn dia. Tapi persahabatan saya dgn K tidak berkekalan. Dia mula menjauhi saya dan akhirnya dia mendapat kawan yang baru. Dia bagai membenci saya. Saya tidak tahu apakah salah saya. Dia berterus-terusan mengejek saya sampai ke hari ini. Namun tidak lama kemudian saya berjumpa dgn seorang sahabat baru yg bernama N yg lebih memahami saya. N sanggup berkongsi suka dan dukanya bersama saya. Saya rasa amat bertuah kerana telah berjumpa dgn dia. Saya tidak pernah beritahu dia yg saya mat menyayangi dia . Tapi di sini saya tujukan khas sajak ini utk N.

Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

_________________
jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

1 comment:

  1. salam ziarah dan salam perkenalan,
    nice post.
    biase laa tu dalam bersahabat, ade pasang surut nye. Nak cari kawan memang mudah tapi nak cari sahabat sejati memang susah.

    ReplyDelete